Saturday, August 14, 2010

pose oh pose

alahmadulillah..dah masuk 4 hari kita berpose..

emm...sejak bangun dari sahur tadi belum tido2 lagi..
mata tak ngantok...

baru lepas mop rumah..nape, eh..tiap2 kali lepas mop rumah mesti badan rasa sakit2, esp. belakang (pinggang)..sign of old age kot..hehehe..tak nak ngaku lagi diri tu dah tua!

jeles i tengok sumer orang tido..
pose ni kena banyak tido ke? mungkin dengan banyak tido boleh buat seseorang tu hilang rasa lapar kot..mungkin mungkin mungkin...

time2 pose camni teringatlah pulak anak2 kembar i yang dok kat asrama tu..rasa rindulah pulak ngan diorang tu..apalah agaknya juadah bukak pose diorang tu, eh.. si abang semalam tepon..katanya weekend ni cikgu bagi balik rumah..nak gi amek dia kat melaka sana memang rasanya tak daya..dia pulak kata nak gi kat rumah aunty milah je..lega sikit..setidak2nya dapatlah dia rasa masakan home-cook and boleh mengada sikit ngan aunty2 dia - auty milah & aunty kembau..request je bang apa teringin nak makan, bila lagi, kan?

adik plak camner, eh..takpelah nanti nuzul quran on 27/8/10 ni adik boleh balik rumah, kot..boleh kita bukak pose & sahur ramai2..

ngah this weekend tak balik gak..tak kisah lah lagipun dia tak pose..uzur katanya...minggu depan insyaallah baliklah dia tu..lagipun dia dekat je kat sana..anytime nak balik boleh dah..

so..what's for bukak pose arini...tunggu bos bangun dari tido & bolehlah bincang....


Thursday, July 8, 2010

tak sihat...cerita ubat batok yang buat mengantok..

This week badan tak berapa sihat..
Mulanya balik dari Melaka last Sunday...tekak rasa lain je..pas tu dia buat batok pulak! Makan ubat batok, dok kat ofis ngantuk pulak...jadi, kejap makan kejap tidak..sampailah jadi batuk beriya..

On Wed, 7/7/10, gi ofis cam biasa...lepas breakfast nasi minyak ngan Long sampai ofis makanlah ubat batok..rasa ngantok gi tidur kat surau...bila dah rasa lama sangat tidur, turun bawah buat keje...badan mula rasa tak selesa - dia buat sejuk pulak...

Amek keputusan tepon Ngah kat rumah suh dia datang ofis amek saya balik ...keje tak sampai sekerat hari lah pada hari Rabu tu...yesterday whole day duk kat rumah, makan ubat batok ikut time - manjakan diri...batuk dah baik selsema pulak! I know for sure if I go back to ofis I'll get worst 'coz my table is directly under the air-cond...so amek keputusan tak nak datang keje.........actually kalau nak gi boleh tapi ada sikit MALASlah...

Itulah citernya..ubat batok yang mengantokkan....hehehe

Tuesday, July 6, 2010

amin's wedding @ Malacca

Last Saturday, 3/7/10 balik Melaka 'coz nak attend Amin's wedding di sana.. Left quite early, about 8.00 am. sebabnya abang long was the one who drove us there. Since it was his first time driving long distance, we decided that we'd better leave early just in case we got lost somewhere ke..senang le nanti nak cari jalan kuar..hehehe..

Arrived Malacca about lunch time..had chicken rice before we sampai rumah Tok Mah..
Kak Lah tak sempat masak sebab dia sibuk mengemop masa tu. Berkilat simen rumah dia tiap2 minggu dimopnya berbanding rumah saya yang simennya nampak malap je..

Didn't go anywhere..terbanting semua orang dek kepenatan! Petang harinya Malik & Norini datang bawa jemput pisang & durian..apa lagi bahan le..actually those goodies were meant for his son & abang, but since his son was not around (pergi outing gamaknya), jadi rezeki kitaorang le nampaknya..alhamdulillah..

The next day, Tambi together with the menopause ladies (Kak Nor, Kak Moonah & Kay) arrived - we're going to Pok Su's house to meriahkan Amin's wedding..Wow..happening sungguh................

Sempat gak amek a few shots..















ni la budak Amin. Dia adik si Manja - yang montel tu dok depan sekali.. Dak Amin ni dia keje kapal 'ntah bila lagi dia nak gi belayar, tak tau le.. Yang paling kanan sekali tu Kak Nor..
















Ni pulak my cousins - L-R ... Kay, Kak Moonah, my daughter, Aina Hazuani & Kak Nor. Seronok betul dapat jumpa diorang semua..kecoh sungguh..orang Melaka katakan..kalau dah jumpa tu riuh sekampung!
















These are my other cousins - Hj Sabtu - we call him Tambi sebab dia masa kecik gelap.. and Kak Lah & anak si Manja, Nor Afiqa.

Tak dapat nak describe betapa seronoknya dapat jumpa cousins semua...kalau boleh nak stay longer in Malacca..tapi apakan daya..esoknya Ija sekolah & saya pulak kerja..tak puas rasanya nak bergurau senda dengan diorang tu semua..

Insyaallah..Raya nanti kita jumpa lagi...

Saturday, June 19, 2010

pau ... pow wow

esok budak2 dua orang nak balik hostel dah.
so..pagi2 lagi tadi pas smayang subuh masak sambal sotong kering sebab tengahari ada
wedding nak attend
yang makannya cuma abang long je sebab dia nak gi b-b-q organized by the ex-SAS kat
pantai balok..
si kembar pulak gi kuar tengok wayang..

pas balik dari wedding tadi singgahlah kat Tunas Manja
beli ayam & telur..
balik rumah terus bancuh dough untuk buat kuih pau..

bakpe hari ni rajin sangat, huh? hmm..demi anak2...

nak tengok rupa kuih pau tu...

















ini dough dia yang kurang nak menjadi sebab semasa sediakan yeast kononnya gi lah
smayang zohor dulu...
tetiba yeastnya membuak..habis semuanya melimpah..yang tinggal saki-baki airnya..
ginilah jadinya..hehehe..
naik tu naik jugak tapi kureng le..

ni pulak the finished product..
















ok lah gak, kan..

nak tau rasanya camne kena tanya anak2 saya..hehehe...

Wednesday, June 16, 2010

kembar saya

yeah...esok saya tak kerja..
amek cuti sebab nak spend time ngan anak2 sebelum diorang balik ke hostel masing2

meh tengok muka dua orang yang duduk jauh dari keluarga..


tereng teng teng......

















inilah dia orangnya..
nama manja dia "abang" bagi semua ahli keluarga kecuali adik bongsu dia
memanggilnya dengan nama "cik"...hehehe..

dia ni memang kuat loyar buruk..

tapi, nak tau..ngope2nya dah ada awek..hish hish hish.. belajar belum tentu tamatnya
dah pandai nak berpacaran..hmmmm..budak2 zaman sekarang...



hah..lagi sorang pulak..















..ni lah dia budak ni..
kami panggil dia "adik" je..tapi adik dia panggil dia "lah"..

yang ni pun dah pandai berboifren..isk isk isk..


nak tau budak2 dua orang ni kembar..beza beberap menet je..

ok lah cukuplah citer pasal budak dua orang ni, ye..













Tuesday, June 15, 2010

pengenalan

Salam buat semua..

ikutilah coretan ngarut saya di sini..
orang ada saya pun nak gak tapi tak tau apa yang nak dicoretkan..

biarlah..

puas dah main game..solitaire yang jarang2 dapat "deal" dan bola2 warna
warni yang susah nak beat highest score sendiri..

aparah!!!

tak kuasa dah nak kacau orang dalam fb..

biarlah fikiran ni tenang dulu..bakpe 'ntah serabut je akhir2 ni..

mintak diri dulu lah..nanti bila dah ok saya coret semula...hehehe..





 

Blog Template by YummyLolly.com